MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! 010[/b:][/i:][/center:][/color:]
MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! 010[/b:][/i:][/center:][/color:]
MonsterCrew
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Guest
Guest




Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Empty
PostSubject: Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!   Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Icon_minitimeFri Sep 18, 2009 12:13 am

Pernahkah kita terfikir kegunaan minyak pelincir kepada motosikal anda. Apakah akan berlaku sekiranya pelincir motosikal anda tidak diberi perhatian. Saya pernah mengalami kekejangan enjin dipertengahan lebuh raya utara selatan iaitu dari Melaka ke Kuala Lumpur. Kejadian berlaku pada waktu malam. Memang ‘kacau’ beb… tapi nasib baik telefon bimbit boleh buat panggilan pada ketika itu. Saya terus menghubungi bantuan dari Melaka.Syukur selamat!Motor saya ketika itu kekeringan minyak 2T. Baik kita tinggalkan kisah saya ni dan kita berkongsi info berkaitan pelincir secara asasnya.
Pelincir motosikal atau minyak enjin sangat penting ibarat manusia dan air di dalam badan kalau kurang air maka sakitlah manusia tersebut. Begitu juga dengan motosikal berbagai masalah jangka pendek dan jangka panjang boleh berlaku kepada motosikal anda.
Back to top Go down
AD3R
Administrator
Administrator
AD3R


Male Number of posts : 4748
Age : 39
Location : Japan Island
Car : Kancil Belalang Daihatsu L2s

Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Empty
PostSubject: Re: Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!   Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Icon_minitimeFri Sep 18, 2009 9:18 am

[color:7878=yellow][i][b]pernah pula ko pg KL jai....huhuhuhhu..enda penah pula ako taw....huhuhuhuhuhu..jadi minyak pelincir apa yg sesuai dengan mutur skuter honda icon jai?[/b][/i][/color]
Back to top Go down
https://monstercrew1.forumms.net
Guest
Guest




Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Empty
PostSubject: Re: Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!   Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Icon_minitimeFri Sep 18, 2009 9:38 am



[color:f8a3=red][size=9]p/s : copy paste info ja ba ne[/size][/color]
Back to top Go down
pirate
Moderator
Moderator
pirate


Male Number of posts : 2047
Location : Labuan-Sabah
Car : kancil stendet gaban

Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Empty
PostSubject: Re: Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!   Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Icon_minitimeFri Sep 18, 2009 10:35 am

PENGETAHUAN ASAS MINYAK PELINCIR,inpo untuk 4t



Pengenalan Minyak Pelincir





Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.



Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.







Mengenali API dan SAE




‘API’ adalah singkatan kepada ‘American Petroleum Institute’ (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian ‘API’ untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

Sementara ‘SAE’ pula adalah singkatan kepada ‘Society of Automotive Engineers’ (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.





Gred Minyak Pelincir




Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu ‘monograde’ (gred tunggal) dan ‘multigrade’ (pelbagai gred). Minyak pelincir ‘monograde’ adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.








Sementara minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’ tadi. Selalunya, minyak pelincir ‘multigrade’ dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.



Minyak pelincir ‘multigrade’ adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan ‘W’ adalah bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.



Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir ‘multigrade’ ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.





MINYAK PELINCIR SINTETIK SEPENUHNYA (FULLY SYNTHETIC)



Minyak pelincir jenis Sintetik Sepenuhnya (Fully Synthetic) sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna kenderaan di negara kita. Minyak pelincir jenis ini lebih mahal dan biasanya dijual dengan harga melebihi RM100 (tertakluk kepada jenama pengeluar). Antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40. Namun, sejauh manakah anda mengenali minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ ini.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ diasaskan daripada 2 jenis bahan utama, iaitu ‘Polyalphaolefins (PAOs)’ dan ‘Ester’. ‘PAOs’ dihasilkan melalui jalinan molekul bahan kimia bersama ‘Ethylene’ untuk membentuk satu rangkaian yang seimbang serta berupaya mengekalkan kelicinan di dalam enjin. Sementara ‘Ester’ pula terhasil daripada reaksi alkohol dengan sejenis asid. Bahan-bahan ini akan diadun (blend) bersama aditif-aditif lain menggunakan kepakaran teknologi terkini mengikut formula tertentu. Proses ini akan dapat mengubah struktur molekul sintetik dan seterusnya menghasilkan produk minyak pelincir ‘Fully Synthetic ‘ untuk pasaran.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ adalah lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden dan kurang sesuai untuk enjin-enjin lama. Ini kerana kadar kelikatannya yang rendah akan menyebabkan minyak pelincir tadi terpeluwap (vapourised). Ramai dikalangan pengguna tidak memahami faktor ini dan akibatnya mereka akan mengalami masalah minyak pelincir yang semakin hari semakin berkurangan.

Komponen-komponen enjin yang baru mempunyai kadar renggangan (gap) yang kecil. Sementara komponen-komponen enjin lama, contohnya Gelang Omboh (Piston Ring) mempunyai kadar ‘gap’ yang lebih tinggi dan ini akan menyebabkan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah akan mudah tersusup masuk ke ruang pembakaran (combustion chamber). Minyak pelincir ini akan terbakar bersama bahanapi dan asap yang keluar melalui ekzos akan berwarna kebiruan dan berbau busuk.

Untuk lebih kepastian tentang kesesuaian penggunaan gred dan jenis minyak pelincir untuk kenderaan anda, sila minta nasihat daripada mekanik yang berpengalaman atau pengeluar minyak pelincir itu sendiri. Anda juga boleh merujuk laman web http://www.sae.org/news/rightoil.htm. Kesilapan pemilihan minyak pelincir mungkin tidak menampakkan kesan sampingan segera kepada enjin kenderaaan anda. Oleh itu, pastikan anda tidak membuat kesimpulan mudah yang akhirnya akan merugikan diri anda sendiri.
Back to top Go down
Guest
Guest




Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Empty
PostSubject: Re: Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!   Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Icon_minitimeFri Sep 18, 2009 11:14 am

huhu...thanx 4 this info bro..
Back to top Go down
AD3R
Administrator
Administrator
AD3R


Male Number of posts : 4748
Age : 39
Location : Japan Island
Car : Kancil Belalang Daihatsu L2s

Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Empty
PostSubject: Re: Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!   Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Icon_minitimeFri Oct 02, 2009 2:47 pm

[b][i]minyak masak pun boleh ni kan...save budget...baru 2.50 sahaja....[/i][/b]
Back to top Go down
https://monstercrew1.forumms.net
akaishuu
Monster Bronze
Monster Bronze



Number of posts : 28

Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Empty
PostSubject: Re: Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!   Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Icon_minitimeSun Sep 19, 2010 2:32 am

Good job!
[url=http://www.acdoctors.com.au/computer-repairs-gold-coast.html]computer repair gold coast[/url]
[url=http://www.computer-juice.com/forums/]Computer Support[/url]
Back to top Go down
Sponsored content





Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Empty
PostSubject: Re: Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!   Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal! Icon_minitime

Back to top Go down
 
Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kenali Tayar Motosikal Anda
» Apakah Maksud Kuasa (power)?
» Toyota LandCruiser 4x4 untuk dijual
» Sportrim L2s 9 Spoke Untuk KANCIL
» BOX WOOFER 12 inci untuk dijual

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MonsterCrew :: Monster Biker'Z :: Tips & Infomation Bikerz-
Jump to: