MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

kaedah mengesan kerosakan klac 010[/b:][/i:][/center:][/color:]
MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

kaedah mengesan kerosakan klac 010[/b:][/i:][/center:][/color:]
MonsterCrew
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 kaedah mengesan kerosakan klac

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




kaedah mengesan kerosakan klac Empty
PostSubject: kaedah mengesan kerosakan klac   kaedah mengesan kerosakan klac Icon_minitimeFri Nov 27, 2009 10:38 am

MESKIPUN enjin adalah elemen terpenting dalam sesebuah kenderaan, pelbagai alat lain juga penting untuk memastikan enjin yang dalam keadaan baik itu dapat menggerakkan kereta.

Sistem transmisi adalah antara sistem sokongan penting bagi menentukan kelancaran kenderaan. Sistem transmisi merangkumi gear dan klac.

Bagi kereta manual, kesempurnaan klac akan memastikan keselesaan pemanduan.

Jadi, mengenal pasti gejala yang menunjukkan kerosakan klac akan memberi kelebihan kepada pemandu.

Ketika kenderaan sedang bergerak, pedal minyak ditekan dan putaran enjin bertambah tinggi tetapi kenderaan tidak bergerak lebih laju.

Keadaan itu lebih terasa ketika sedang mendaki bukit atau membawa muatan berat. Biasanya keadaan itu diiringi dengan bau getah terbakar.

Untuk mengesahkan lagi bahawa cekam rosak, lakukanlah ujian berikut.

Berhentikan kereta dan tarik brek tangan, hidupkan enjin.

Pijak pedal klac masukkan gear satu atau dua.

Sementara pedal klac masih dipijak, naikkan putaran enjin dengan menekan pedal minyak.

Kemudian angkat pedal klac perlahan-lahan.

Apabila didapati putaran enjin tidak berkurang atau enjin tidak cenderung untuk mati, maka sah bahawa klac kereta anda mengalami kerosakan.

Selain itu, klac rosak juga akan menyebabkan enjin terasa tidak dapat menghasilkan kuasa penuh, petrol cepat habis, enjin cepat panas.

Sebenarnya, klac rosak tidak mudah diketahui terutama ketika baru berlaku.

Klac rosak biasanya disebabkan jarak bebas pedal klac terlalu pendek, permukaan piring klac sudah haus atau terbakar, ada gris atau minyak di permukaan klac, pegas tekan pada plat klac sudah lemah atau patah dan piring penekan klac atau roda daya enjin sudah berubah bentuk.

Bagaimana memeriksa jarak bebas pedal klac?

Tekan pedal klac untuk merasa sejauh mana daya yang diperlukan.

Ia boleh juga dilakukan dengan menggunakan kaki, tetapi lebih baik dengan tangan.

Pedal klac dapat ditekan dengan mudah hingga pada suatu kedudukan tertentu, tempat klac mulai terlepas.

Selepas kedudukan itu daya yang diperlukan akan terasa bertambah besar. Maka jarak bebas pedal ke klac adalah jarak tekan yang harus dilepasi oleh pedal klac dari kedudukan tidak dipijak hingga pada kedudukan tempat klac mulai terlepas.

Jarak bebas itu biasanya antara 20-40 mm, bergantung kepada jenis kenderaan.

Apabila jarak bebasnya terlalu pendek, besar kemungkinan klac akan rosak.

Apabila cekam rosak, proses pembaikan tidak dapat dilakukan dengan mudah dan apabila ini berlaku, nampaknya terpaksalah keluar duit lagi.

Namun ketika membawa kenderaan ke bengkel patuhilah beberapa berikut,

Jangan lepaskan cekam dengan tiba-tiba atau memijak injak klac secara tiba-tiba.

Juga jangan meletak kaki anda di atas pedal klac apabila tidak diperlukan.

Anda juga tidak digalakkan memandu laju, sebolehnya tidak lebih 60 kilometer sejam dan jangan membawa lebih penumpang dan naikkan tekanan angin tayar bagi mengurangkan geselan antara tayar dengan jalan.
Back to top Go down
 
kaedah mengesan kerosakan klac
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» kaedah mengesan kerosakan klac

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MonsterCrew :: MonsterCrew Tea House :: Car Performance :: Engine & Performance-
Jump to: