Biasanya kebocoran daripada gasket takungan dan palam saliran atau sambungan penapis minyak yang kurang ketat menyebabkan minyak keluar menitis ke lantai. Cara merawatnya adalah dengan menggantikan palam saliran atau memasang gasket takungan yang baru atau mengetatkan penapis minyak dengan perengkuh penapis minyak.
Ciri-ciri sistem pelinciran yang baik
1. Lampu amaran minyak pelincir padam sebaik sahaja enjin dihidupkan.
2. Enjin tidak mengeluarkan bunyi bising daripada blok enjin semasa enjin beroperasi.
3. Tiada kebocoran minyak pelincir daripada bahagian bawah enjin.
4. Aras minyak tidak cepat berubah.