KENAPA boleh berlaku letupan di dalam ekzos? Keadaan ini amat
membimbangkan, lebih-lebih lagi ketika kita sedang memandu laju di
lebuh raya.
Sebenarnya masalah ini berlaku kera-na pembakaran yang berlaku di luar
enjin apabila campuran petrol-udara tidak terbakar dengan sempurna,
maka beberapa bahagian petrol itu akan keluar dari silinder bersama
asap ekzos sebelum ia sempat terbakar.
Disebabkan suhu sangat tinggi, apabila ia bertemu dengan udara di dalam
ekzos, besar kemungkinan akan terjadi pembakaran dan letu-pan.
Punca berlaku sedemikian biasa-nya disebabkan campuran petrol dan udara yang terlalu banyak serta kegagalan penyalaan yang baik.
Apabila palam pencucuh tidak berfungsi dengan baik, petrol yang tidak
terbakar akan keluar bersama lebihan gas apabila ada injap pembuangan
yang tidak tertutup dengan sempurna sehingga ada petrol yang keluar
sebelum sempat terbakar.
Injap tidak akan tertutup apabila rosak atau celah laluan injapnya
tidak tepat. Bawa kenderaan ke bengkel untuk menyelaraskan semula celah
injap itu.
Selain pembakaran di luar, bunyi enjin yang pelik juga membimbangkan apatah lagi jika tidak diketahui penyebabnya.
Bagaimana kita hendak membezakannya dan adakah bunyi itu boleh dibiarkan saja demikian atau perlukan pembaikan segera?
Biasanya bunyi pelik enjin boleh terjadi disebabkan tali kipas rosak,
kebocoran arus elektrik pada kabel rentangan tinggi, berus suis pada
generator rosak, kekurangan pelincir pada sesondol pengagih, gear atau
tali penggerak gandar sesondol rosak, kekurangan pelincir pada alas
pam, ketukan pembakaran dan enjin rosak.
Secara asasnya boleh dikatakan bahawa enjin akan mengeluarkan bunyi halus apabila semua bahagiannya berada dalam keada-an baik.
Tidak semua bunyi yang kedengaran menunjukkan tanda kerosakan enjin
yang cukup berat, tetapi ada kalanya tanda itu menunjukkan kerosakan
yang jika tidak diatasi segera akan membawa padah yang lebih teruk.
Oleh itu, sebaiknya periksalah kende-raan anda di bengkel apabila mendapati adanya kelainan bunyi daripada biasa.
Biasanya apabila enjin mengeluarkan bunyi pelik, ia adalah tanda awal
terjadinya kerosakan. Apabila bunyi enjin begitu mengerikan segera
mati-kan enjin dan tarik ke bengkel.
Untuk mencari bunyi kerosakan berkenaan, bagi mekanik profesional
mereka menggunakan stetoskop dan bunyi pelik berkenaan dapat dicari dan
dibezakan dengan mudah.
Akan tetapi bagi pengguna biasa macam kita yang tidak ada stetoskop,
sebaliknya gunalah tongkat kayu dan letaklah hujungnya pada bahagian
enjin yang dijangka mengeluarkan bunyi pelik itu. Sementara pangkalnya
diletakkan di telinga anda.