Ketika ia bermula sekitar 13-14 tahun yang lalu, konsep ini tidak
dikenali sebagai VIP. Asalnya merupakan kereta-kereta dari kumpulan
BLACK COCKROACH di wilayah Wakayama. Mereka menjadi terkenal selepas
kereta-kereta kumpulan tersebut disiarkan dalam majalah permotoran
tempatan. Kereta-kereta BLACK COCKROACH ini, terdiri dari kereta model
Cima, Cedric. Celcion dan Crown (4C) yang agak unik dan menonjolkan
imej serta personaliti pemiliknya...........
............
Sewaktu permulaannya, kebanyakkan kereta gaya VIP ini berkait rapat
dengan kumpulan MAFIA Jepunn yang juga dikenali sebagai YAKUZA.
Dipercayai bahawa, mereka sebelum ini menggunakan kenderaan berprestasi
Eropah seperti Mercedes S-Class dan BMW M-Class. Ini menyebabkan mereka
mudah dikesan oleh pihak polis. Sebagai penyelesaian, mereka mula
beralih untuk menggunakan kenderaan pasaran domestik yang diubah suai
untuk kelihatan lebih ekslusif bagi mengelak dari mudah
dikenalpasti........
........ Kemunculan syarikat-syarikat yang
mengeluarkan perkakasan khusus untuk gaya VIP, mengembangkan lagi
konsep ini kepada umum. Junction Produce milik MR. TAKETOMI, dikenali
sebagai mendahului segmen ini dan telah berjaya mempopularkannya di
Osaka sebelum berkembang ke seluruh wilayah lain di Jepun.........
...........
Sebelum dikenali sebagai VIP, kereta jenis ini lebih merujuk kepada
nama-nama seperti, HAISO, KOWAMOTE dan OSHIDASHI. Setelah majalah Young
Auto menyediakan segmen khas dipanggil VIP CLUB yang memaparkan
modifikasi kereta-kereta seperti ini, ia mula diterima umum dan
dikenali sebagai VIP seperti yang kita fahami sekarang. Peminat-peminat
modifikasi juga telah mengembangkan lagi konsep ini. Tidak hanya
melibatkan kereta-kereta mewah yang besar, konsep ini juga telah
diadaptasikan kepada kenderaan lain seperti Minivan dan Kei-Kar. Kini,
VIP dianggap salah satu segmen khusus dalam dunia modifikasi.
DEFINISI ASAL VIP
VIP sebenarnya disebut
dalam 3 suku kata iaitu 'Vee-Eye-Pee' yang membawa maksud 'Very
Important Person'. Dalam bahasa Jepun, perkataan lain yang juga
digunakan ialah 'Bippu'. Sebenarnya, definisi asal VIP ini sangat
mudah. Kereta yang termasuk dalam kategori ini biasanya mestilah dari
jenis platform mewah keluaran domestik Jepun (JDM) dengan pacuan
belakang seperti Celsior, CIMA, Cedric, Crown dan sebagainya.
Kereta-kereta tersebut harga agak mahal dan hanya digunakan oleh
golongan berpendapatan tinggi. Kereta-kereta lain yang tidak tergolong
dalam kategori ini tidak boleh dianggap sebagai kereta VIP walaupun ia
adalah jenis sedan mewah dan besar.
BUDAYA VIP
Ketika
peminat Vip di Jepun mula mereka kereta, sandaran utama tentulah untuk
memberikan imej lebih mewah dan bergaya pada kereta-kereta mereka.
Barangan yang biasanya yang boleh dilihat pada rumah golongan kaya
digunakan untuk menghias ruang dalaman kereta. Budaya VIP ini mula
merebak melalui penganjuran acara-acara yang mengumpulkan para peminat
gaya ini, yang merupakan antara faktor penyebab ianya terus berkembang.
VIP STYLING
Populariti gaya VIP, akhirnya menjadi ikutan kepada
para pemilik kenderaan lain yang dahulunya tidak digolongkan sebagai
kenderaan dari platform VIP. Penerimaan umum terhadap gaya ini telah
menyebabkan pemilik kenderaan kelas lain seperti K-Kar, MPV, Sport dan
model-model import yang lain turut mengadaptasi gaya tersebut pada
kenderaan mereka. Disinilah bermulanya apa yang kita kenali sebagai
"VIP STYLE".